Noblesse oblige

Noblesse oblige ( /noʊˌblɛs əˈbliːʒ/ ; Perancis: [nɔblɛs ɔbliʒ] ; secara literal bermaksud "bangsawan bertanggungjawab") ialah ungkapan Perancis dari zaman semasa bangsawan Inggeris masih bertutur dalam Bahasa Perancis lagi. Makna ungkapan ini tetap dikekalkan dalam Bahasa Inggeris iaitu bahawasanya bangsawan tidak hanya memikul gelaran semata-mata kerana mereka yang memegang gelaran itu perlu memenuhi tanggungjawab sosial. Sebagai contoh, kewajipan utama seseorang bangsawan ialah bersikap pemurah terhadap orang-orang di sekelilingnya. Oleh kerana rakyat yang tinggal di tanah bangsawan mempunyai kewajipan kepada golongan bangsawan, golongan bangsawan pula mempunyai kewajipan terhadap rakyat mereka iaitu sekurang-kurangnya diberikan perlindungan. Menurut Kamus Inggeris Oxford, istilah ini diberikan definisi: "keturunan bangsawan dikawal supaya mereka mengamalkan tingkah laku terhormat; keistimewaan disertai tanggungjawab."Dictionnaire de l'Académie française mentakrifkannya seperti berikut: